Monyet bunuh bayi berusia 12 hari di India - Utusan Malaysia

Monyet bunuh bayi berusia 12 hari di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 14 Nov. – Seekor monyet melarikan seorang bayi lelaki berusia 12 hari daripada jagaan ibunya di India sebelum membunuh budak itu, dalam satu kejadian di Runkata dekat Agra.

Jurucakap balai polis Sikandra, Ajay Kaushal berkata, sekumpulan monyet memasuki rumah mangsa dan seekor daripada monyet itu merampas bayi berkenaan daripada ibunya yang sedang menyusukan anaknya.

“Monyet itu menggigit kepala bayi itu dan meninggalkannya semasa orang ramai mengejar kumpulan haiwan tersebut dengan kayu dan membaling batu ke arah haiwan tersebut,” katanya, hari ini.

Bayi yang berlumuran berdarah itu dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di premis itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN