SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan berbincang dengan barisan peguamnya keperluan untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan petisyen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, yang diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini. Beliau yang merupakan responden pertama dalam petisyen yang difailkan calon PKR, Dr S. Streram, berkata beliau menghormati keputusan mahkamah hari ini yang memutuskan kemenangannya untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada PRU yang lepas…










