Model Bangladesh pertama di pentas LFW - Utusan Malaysia

Model Bangladesh pertama di pentas LFW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWAL minggu lalu, tular di laman-laman sosial tentang seorang model berdarah campuran British-Bangladesh yang telah menempa nama sebagai model lelaki pertama berketurunan Bangladesh muncul di pentas peragaan Minggu Fesyen London (LFW).

Pemuda tersebut, Ramzan Miah, 25, dari Luton, Bedfordshire, England telah menjadi sensasi di laman sosial selepas wajahnya tular ketika menjayakan LFW pada September lalu.

Karier Ramzan dalam bidang peragaan bermula selepas dia menyertai pertandingan pencarian model di sebuah pusat beli-belah di Luton.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang ejen pencarian bakat yang melihat potensinya telah menawarkan peluang kepada Ramzan untuk menyertai pertunjukan fesyen bagi jenama pakaian John Lewish.

Selain membina kerjaya sebagai seorang model, Ramzan juga merupakan seorang pelakon dan telah membintangi beberapa buah filem antaranya Legacy, Naca, Ghost Story dan The Rocketman.

Kisah Ramzan turut tidak ketinggalan menjadi bahan usikan dan jenaka netizen di Malaysia yang boleh dikatakan telah ‘sebati’ dengan warga Bangladesh.

Pengguna laman sosial tempatan mendakwa, terdapat ramai wajah ala model seperti Ramzan yang bekerja di Malaysia dan boleh diketengahkan sebagai model.

Terdapat juga komen nakal lain yang meminta supaya wanita-wanita di Malaysia tidak ‘cair’ dengan ketampanan lelaki Bangladesh yang ada di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN