MH17 mungkin antara tajuk perbincangan pertemuan Mahathir, Putin  - Utusan Malaysia

MH17 mungkin antara tajuk perbincangan pertemuan Mahathir, Putin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak ke-33 ASEAN di sini nanti.

Mesyuarat dijadulkan pada hari Selasa. Putin berada di negara pulau ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ke-3 ASEAN-Russia dan Sidang Kemuncak ke-13 Asia Timur.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengesahkan pertemuan itu berkata, insiden Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh semasa melalui zon konflik di Ukraine Timur pada tahun 2014, mungkin akan menjadi antara tajuk perbincangan.

“Pendirian kita sentiasa jelas, kita masih menunggu laporan konklusif daripada Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT),” katanya dalam satu persidangan media di sini hari ini.

Selepas empat tahun siasatan berhubung insiden Penerbangan MH17 itu, pasukan JIT yang diterajui negara Belanda itu berkata, pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN