MFL akan ganti trofi baharu lebih berkualiti - Utusan Malaysia

MFL akan ganti trofi baharu lebih berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memohon maaf kepada semua pemenang Anugerak Bolasepak Malaysia 2018 (ABK18) kerana trofi yang diterima mereka tidak mencapai piawaian yang ditetapkan selain akan mengambil tindakan segera terhadap pegawai yang bertanggungjawab.

MFL dalam satu kenyataan memberitahu, pihak mereka sudah mengambil inisiatif untuk menggantikan semula trofi yang diberikan dengan yang lebih sesuai mengikut standard yang ditetapkan.

“Trofi berkenaan tidak memenuhi standard yang diharapkan (Pengerusi MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ia tidak layak diberikan kepada pemain yang memberikan aksi terbaik sepanjang musim ini.

“MFL sudah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan itu dan dia cuba menutup perkara itu tanpa memberikan sebarang maklumat kepada pihak pengurusan.

“MFL tidak berniat untuk memberikan sebuah trofi yang tidak sesuai kepada semua pemenang, dan tindakan sudah diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian yang menghampakan ini,” kata kenyataan itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN