RASANYA seperti baru semalam saya melaporkan diri di Ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Ketika itu, seolah-olah tidak percaya saya berada di sebuah institusi yang sebelum itu saya hanya kenal melalui pembacaan. Permulaan jodoh saya dengan Utusan berlaku tanpa dirancang. Segala-galanya berlaku selepas saya kecewa kerana tidak berpeluang melanjutkan pengajian di universiti. Sebaik sahaja menamatkan persekolahan tingkatan lima di Sekolah Dato’ Onn,…