Mengapa guna rizab Petronas bayar dividen? - Utusan Malaysia

Mengapa guna rizab Petronas bayar dividen?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Seorang penyokong kerajaan mempersoalkan kewajaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan 36 peratus rizab tunai Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) untuk bayaran dividen khas RM30 bi­lion dalam sidang Dewan Rak­yat semalam.

Wong Chen (PH-Subang) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 berkata, rizab tunai Petronas pada tahun lalu berada pada paras RM128 bilion dan keuntu­ngan selepas cukai RM46 bilion.

“Perkara ini merunsingkan saya sebab kita semua faham bahawa negara kita, kemungkinan besar tahun hadapan akan tersepit akibat perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Memuatkan artikel berkaitan…
WONG CHEN
WONG CHEN 

“Kalau kita guna semua wang itu sekarang dengan kekuatan kewangan RM54 bilion, kita akan kehabisan ‘peluru kewa­ngan’ apabila krisis benar-benar melanda,” katanya seperti dipetik daripada penyata rasmi Dewan Rakyat, hari ini.

Petronas akan membayar tambahan RM30 bilion dalam bentuk dividen khas di bawah Belanjawan 2019.

Ini menjadikan komitmen dividen keseluruhan syarikat minyak dan gas negara itu kepada RM54 bilion bagi membantu kerajaan membayar tunggakan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan sebanyak RM37 bi­lion.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Wong Chen meminta Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyemak dengan teliti senarai permohonan bayaran balik GST kerana tidak semua pemohon mengemukakan data yang tepat.

Katanya, ramai yang membuat permohonan pembayaran balik dengan angka yang tidak tepat, justeru semakan perlu dibuat terlebih dahulu.

“Terus terang cakap menipu, jadi kena tentukan dahulu. Kalau jumlah lebih rendah, kerajaan tidak perlu menggunakan semua RM54 bilion itu dan boleh disimpan untuk tujuan kecemasan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×