Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dilihat mendahului dalam bab membantu orang bujang Muslim, lelaki atau wanita yang sukar bertemu jodoh. Caranya, mereka kini boleh berikhtiar mencari pasangan hidup di laman web jodoh Cinta Sakinah JAIPk. Ia dilancarkan Selasa lalu. Sememangnya kita mengalu-alukan inisiatif JAIPk. Islam tidak suka orang yang hidup membujang. Nabi Muhammad SAW memerintahkan umatnya bernikah dan melarang keras orang membujang tanpa sebab. Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah…










