Sebut sahaja nama legenda rock atau lebih dikenali dengan gelaran Papa Rock iaitu Datuk Ramli Sarip, fikiran terus terbayangkan kelunakan suara garau dan bakat seni beliau yang tiada tolok bandingan. Malam Jumaat lalu menyaksikan hampir 1,800 penonton menyempurnakan kerinduan untuk mendengar kelunakan vokal emas Ramli. Dua jam beraksi, tidak sekali pun beliau kelihatan lelah biarpun usia hampir menginjak ke angka 67 tahun. Beraksi di Panggung Anniversari, Taman Botani, Kuala Lumpur,…










