Memenuhi impian persemadian terakhir di kota Paris - Utusan Malaysia

Memenuhi impian persemadian terakhir di kota Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 2 Nov. – Paris kota bukan sahaja popular kepada para pelancong seluruh dunia, bahkan menjadi rebutan untuk mereka yang mahu disemadikan di kota romantik itu.

Memang sukar untuk mendapat lot tanah kubur untuk disemadikan jasad di Paris.

Hanya 14 tanah perkuburan terdapat di ibu negara Perancis itu dan tanah perkuburan yang paling popular pastinya berhampiran dengan menara Eiffel iaitu di kawasan Sacre-Coeur basilica di Montmartre, atau di bawah teduhan pohon yang indah di Montparnasse, tetapi semuanya hampir penuh.

Tanah perkuburan di Paris kini menjadi tumpuan pelancong yang mahu disemadikan di tempat yang terkenal dan mewah.

Tanah perkuburan paling popular ialah Pere Lachaise, pastinya terletak di kota Paris yang mempunyai 70,000 kubur, termasuk pemuisi dari Ireland Oscar Wilde, penyanyi dari Amerika Syarikat Jim Morrison, pencipta lagu dari Poland Frederic Chopin, dan penyanyi dari Perancis Edith Piaf.

Hanya yang kaya sahaja mampu menempah tempat untuk disemadikan jasad di sini.

Tahun lalu, seramai 5,000 memohon untuk disemadikan di Paris, tetapi hanya 171 lot tanah kubur yang ada yang berharga setiap satu 16,000 euros (AS$18,200).

Pihak berkuasa bandar raya bagaimanapun telah mengehadkan tempoh untuk disemadikan di Paris kepada tempoh tertentu bagi mengatasi masalah itu.

Tetapi bagi mereka yang terdesak mahu disemadikan di Paris, penyelesaiannya ialah dengan cara dibakar jasa dan dalam tempoh 20 tahun jumlah mereka yang memilih kaedah pengkebumian itu meningkat tiga kali ganda. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN