Mekanisme tangani kejatuhan harga kelapa sawit - Utusan Malaysia

Mekanisme tangani kejatuhan harga kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Nov. – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa agensi pembangunan tanah lain bagi mencari mekanisme menangani kejatuhan harga komoditi kelapa sawit ketika ini.

Pengerusi LPP, Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya bercadang untuk menjalinkan kerjasama antaranya dengan Felda bagi menjalankan projek penternakan lembu daging secara fidlot memandangkan agensi itu memiliki kawasan tanah yang luas.

“Ini antara misi besar LPP untuk bekerjasama dengan Felda supaya agensi itu tidak hanya bergantung kepada komoditi semata-mata tetapi mencari mekanisme lain dalam meningkatkan pendapatan.

“Kebergantungan komoditi ini tidak boleh diteruskan, bahkan dengan kerjasama itu, peneroka boleh terlibat sama dengan projek penternakan lembu daging secara fidlot,” katanya kepada pemberita majlis Perjumpaan dan Taklimat Bersama Pengerusi LPP di pejabat LPP negeri di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN