Mekanisme permohonan penambahan taska akan diperincikan - Hannah Yeoh - Utusan Malaysia

Mekanisme permohonan penambahan taska akan diperincikan – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mekanisme permohonan penambahan taska di bangunan kerajaan akan diperincikan selepas Belanjawan 2019 diluluskan di Dewan Rakyat nanti, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, peruntukan RM10  juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 untuk menambah 50 taska di bangunan kerajaan akan memberikan dorongan kepada agensi kerajaan untuk menyediakan taska di pejabat serta membantu mengalakkan lebih ramai wanita terus bekerja.

Katanya, pihaknya menerima maklum balas terdapat agensi kerajaan yang mendakwa menghadapi kesukaran untuk menyediakan kemudahan taska berikutan kekangan bajet dan juga kekurangan tempat. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan pengumuman bajet ini, kita ada peruntukan khas yang diperuntukkan Kementerian Kewangan untuk tujuan ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir Persidangan Melestari Kesejahteraan Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas di sini hari ini.

Hannah berkata, kementeriannya memandangkan serius keperluan taska di tempat kerja ekoran kes kematian bayi lima bulan Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif yang mayatnya ditemukan di bahagian sejuk beku peti ais, di rumah pengasuh di Batu Caves pada Julai tahun ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN