Medicare anjur seminar keusahawanan 15 November ini - Utusan Malaysia

Medicare anjur seminar keusahawanan 15 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG –  Medicare Assistance Sdn. Bhd. (Medicare) akan mengajurkan seminar keusahawanan myCuepasCare di Hotel Crystal Crown di sini pada 15 November depan bagi memberi peluang kerjaya kepada golongan belia dan pesara kerajaan.

Pengarah Urusan Medicare, Palanisamy Krishnan berkata, program yang diadakan buat kali kedua itu bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada orang ramai dalam meneroka serta membina kerjaya di dalam industri takaful.

Beliau berkata, seminar kali ini turut memberi fokus kepada pesara kerajaan bagi membolehkan golongan tersebut terlibat aktif dalam pasaran buruh memandangkan negara bakal menjadi negara tua pada tahun 2030.

“Lebih 100 orang peserta dari seluruh negara telah menyertai seminar keusahawanan myCuepasCare yang diadakan selama dua hari pada bulan lalu. Disebabkan permintaan yang begitu menggalakkan, kami membuka semula peluang ini.

“Orang ramai yang berminat menyertai seminar ini boleh menghubungi Medicare melalui talian WhatsApp 016-7197004 atau layari laman Facebook My CuepacsCare. Tempat terhad kepada 100 orang terawal,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu, Palanisamy berkata, Medicare telah mengadakan kerjasama dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi memastikan setiap penjawat awam memiliki perlindungan takaful untuk waktu kecemasan.

Beliau berkata, melalui kerjasama dengan CUEPACS, penjawat awam ditawarkan program takaful penghospitalan dan pembedahan serendah RM32 melalui CUEPACSCare, manakala RM6 bagi program takaful kemalangan diri CUEPACS PA yang memberi pampasan sehingga RM220,000.

“Sebagai Penjawat Awam mereka layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan tetapi ada kalanya terpaksa menunggu giliran yang agak lama. Di hospital swasta walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatan agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. 

“Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama Medicare memperkenalkan program CUEPACSCare pada tahun 1999 khas untuk penjawat awam sebagai alternatif mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN