KUALA LUMPUR 2 Nov. – Sempena Hari Kanak-Kanak baru-baru ini, Mc Donald’s (M) bersama-sama dengan CNI telah meraikannya bersama-sama dengan murid-murid dan para guru di Sekolah (Jenis) Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Cheras.
Ini merupakan program tahunan yang bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
Pada tahun ini, majlis sambutan ini Mc Donald’s (M) telah menyumbangkan makanan dan

minuman kepada murid-murid sekolah dan para guru.
Program ini membabitkan kakitangan restoran makanan segera tersebut dari cawangan Leisure Mall, Desa Pandan, Bandar Tun Hussain Onn, Shell Mahkota Cheras dan Sunway Velocity Mall yang diketuai oleh Perunding Operasi, Sri Karthigeyan.
Bersama program ini, sumbangan duit raya sempena sambutan Hari Deepavali turut ditaja oleh Presiden Yayasan CNI, Datin Angeline Koh.
Sumbangan itu telah disampaikan kepada murid-murid oleh Ketua Digital dan Komunikasi Pemasaran CNI Enterprise Sdn. Bhd. Bhd, Ooi Guan Hoe.

Guru Besar SJKT Jalan Cheras, Pn. Theve berkata, program komuniti Mc Donald’s (M) dan CNI ini merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang julung kalinya diadakan dan pihak pengurusan sekolah amat gembira dengan sokongan dalam memeriahkan majlis seperti itu.










