MBSA All Strike juara Dart Bergu Terbuka Piala Datuk Bandar Shah Alam - Utusan Malaysia

MBSA All Strike juara Dart Bergu Terbuka Piala Datuk Bandar Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Nov. – Pasukan MBSA All Strike berjaya menjadi johan kejohanan Dart Beregu Terbuka Piala Datuk Bandar Shah Alam yang berlangsung di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Setia Alam di sini, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pasukan tersebut dianggotai oleh Nor Hishame Abdul Wahab dan Azhairy Aziz.

“Dengan kejayaan ini, pasukan MBSA All Strike membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala pusingan dan piala iringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebanyak 98 pasukan menyertai kejohanan tersebut sempena sambutan ulang tahun ke-18 bandar raya Shah Alam.

Para peserta terdiri daripada anggota-anggota jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta dan Kelab Dart Malaysia dari seluruh negara.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh PDH Lenjanz manakala ketiga, Bull Riders, masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500 berserta medal.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengurus Pejabat MBSA Cawangan Setia Alam, Zakaria Salleh.

Shahrin menambah, penganjuran kejohanan itu oleh MBSA yang julung kali diadakan bertujuan memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk menonjolkan bakat selain melahirkan pelapis yang boleh mewakili negeri dan negara dalam sukan berkenaan.

“Penganjuran kejohanan sukan seperti ini juga mampu melahirkan generasi yang berpotensi tinggi dan masyarakat yang sihat dan aktif di samping memperbanyakkan lagi aktiviti sukan dan riadah di bandar raya Shah Alam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN