MBM lancar Mercedes-Benz C-Class baharu - Utusan Malaysia

MBM lancar Mercedes-Benz C-Class baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan model Mercedes-Benz C-Class baharu yang dikeluarkan dalam tiga varian iaitu C 200 Avantgarde, C 300 AMG dan AMG C 43.

C 200 Avantgarde, C 300 AMG dan AMG C 43 masing-masing berharga RM259, 888, RM304,888 dan RM421, 888 sebuah.

Wajah luaran C 200 dipertingkat dengan ciri-ciri Avantgarde, lampu utama diod pemancar cahaya (LED) berprestasi tinggi. C 300 dan AMG C 43 dilengkapi dengan sistem pelbagai pencahayaan pada lampu LED utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

C 200 Avantgarde menggunakan enjin empat silinder 1.5L yang menjana kuasa sebanyak 184 kuasa kuda (hp) di antara 5,800 rpm dan 6,100 rpm sementara kuasa kilas sebesar 280Nm pada 3,000 rpm sehingga 4,000 rpm.

Sementara itu, C 300 AMG dikuasakan enjin empat silinder 2.0L yang menghasilkan kuasa 258 hp dan kuasa kilas 370Nm antara 1,800 rpm hingga 4,000 rpm.
 
AMG C 43 menggunakan enjin V6 biturbo yang menjana kuasa sebanyak 390 hp dengan kuasa kilas 520Nm antara 2,500 rpm hingga 5,000 rpm. Selain menggunakan enjin baharu,

C 200, C 300 dan AMG C 43 boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat, 5.9 saat dan 4.7 saat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini