SEREMBAN 23 Nov. – Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan tidak terlibat dalam penganjuran program Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang diadakan, di sini malam ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, jadual program itu yang ditularkan dalam media sosial tidak mendapat kebenaran oleh beliau. Katanya, pejabatnya telah bertemu dengan pihak penganjur dan meminta mereka mengeluarkan namanya daripada jadual program. “Pejabat saya juga telah meminta penganjur tidak menggunakan nama saya dalam sebarang iklan atau kain rentang. “Saya memohon semua pihak menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya