MB Perak bergelar Datuk Seri - Utusan Malaysia

MB Perak bergelar Datuk Seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 1 Nov. – Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mendahului senarai 285 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Kepute­raan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kali ini.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Zahidi Zainuddin berkata, Ahmad Faizal menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gela­ran Datuk Seri di samping seorang lagi iaitu Pro Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Seri Dr. Aishah Ong.

“Secara keseluruhan seramai 285 orang menerima darjah dan pingat kebesaran negeri Perak sempena Ulang Tahun Kepute­raan Sultan Perak tahun ini.

“Selain dua penerima SPMP, 14 menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gela­-
­r­an Datuk, dua menerima Darjah Datuk Pahlawan Ta­ming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Zahidi yang juga Pengerusi Jawatan­kuasa Pemilihan Dar­jah Kebesaran Negeri Pe­rak berkata, pene­rima-penerima lain ialah enam penerima Darjah Paduka Cura Simanja Kini (PCM), 23 menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 15 Darjah Ahli Cura Simanja Kini (ACM), 65 Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 72 Pi­ngat Pekerti Terpilih (PPT), 82 Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan empat penerima Pi­ngat Lama Perkhid­matan (PLP).

Sementara itu, Zahidi berkata, pa­da istiadat peng­anugerahan darjah kebesaran di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Ahad ini, Sultan Nazrin berkenan menganuge­rahkan kepada 18 orang yang terdiri daripada dua penerima SPMP, 14 penerima DPMP dan dua penerima DPTS.

“Anugerah-anugerah lain diperkenankan untuk dilangsungkan semasa sesi kedua pada 10 November ini,” kata­nya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN