MB Negeri Sembilan masuk hospital semula - Utusan Malaysia

MB Negeri Sembilan masuk hospital semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dimasukkan semula ke Hospital Serdang, Selangor kelmarin selepas dikesan mempunyai terlalu banyak kahak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu baru-baru ini selamat menjalani pembedahan jantung di hospital sama.

Menurut sumber, Aminuddin pada Selasa lalu pergi mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban namun, beliau kemudian dinasihat ke Hospital Serdang pada malam, hari sama untuk pemantauan doktor.

“Keadaan Menteri Besar sihat, cuma beliau mempunyai terlalu banyak kahak. Jadi, doktor menasihatkannya supaya banyak berehat.

“Ini mungkin kerana selepas Aminuddin dibenarkan pulang pada Isnin lalu, ramai yang mengambil peluang untuk menziarahnya. Disebabkan itu mungkin beliau kurang rehat,” kata sumber itu di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malik berkata, Aminuddin selamat menjalani pembedahan di Hospital Serdang pada 26 Oktober lalu dan dijangka kembali pulih dalam tempoh dua minggu.

Dalam perkembangan sama, sumber menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya punca Aminuddin dimasukkan semula ke Hospital Serdang disebabkan jangkitan kuman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN