DUNGUN – Mayat lelaki yang disyaki suspek kes pecah rumah yang terjatuh bersama seorang anggota polis yang mengejarnya di Sungai Paka berhampiran Kampung Durian Mentangau dekat sini Jumaat lalu berjaya ditemui pada hari keempat pencarian hari ini. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki yang dikenali sebagai Zul Ayam, 39, itu dijumpai tersangkut pada timbunan ranting-ranting kayu di Sungai Paka dekat sini pada pukul 11.30 pagi. “Mayat…










