Mayat remaja lelaki ditemui selepas seminggu hanyut dibawa arus - Utusan Malaysia

Mayat remaja lelaki ditemui selepas seminggu hanyut dibawa arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU – Mayat seorang pelajar sekolah tingkatan empat yang ditemui lemas di Sungai Talangkai, Sepulut di sini semalam selepas seminggu dilaporkan hilang dipercayai dibawa arus sungai.

Mayat mangsa, Benly Udin, 16, ditemui dalam keadaan terapung oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Asistan Superintendan Lee Nyuk Kim berkata, mayat mangsa terbabit ditemui di sungai Pampangon Jalan Sepulut-Salung lebih kurang 10 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

Katanya, pemeriksaan mendapati mayat berkenaan merupakan pelajar lelaki yang hanyut di Sungai Talangkai di sini pada 28 Oktober lalu.

“Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Keningau di sini untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

“Keluarga mangsa telah membuat pengecaman dan mengesahkan mayat tersebut milik Benly,” ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, pada 28 Oktober lalu, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut dilaporkan hilang dipercayai hanyut dibawa arus deras ketika mandi di sungai bersama rakan-rakannya.

Mangsa yang juga menetap di asrama sekolah berkenaan telah memohon pelepasan guru untuk ke gereja pada hari kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN