Mayat mangsa mulai dikenal pasti - Utusan Malaysia

Mayat mangsa mulai dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 31 Okt. – Sejumlah 17 mayat mangsa daripada 189 penumpang dan anak kapal Lion Air JT610 telah dikenalpasti.

“ Hanya 17 orang telah dikenal pasti dan kita akan memaklumkan perkembangan sebentar nanti kerana kita perlu berkomunikasi dengan rakan-rakan di Disaster Victim Investigation (DVI),” menurut Penolong Pengurus , Budi Riyanto di Terminal 1B di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Lapor Tribune News lagi, Budi, ahli keluarga mangsa yang dikenal pasti kini perlu menunggu keputusan proses bedah siasat oleh Hospital Polri, Timur Jakarta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kerana, masa selama empat hari diperlukan oleh pegawai bertauliah untuk melakukan apa yang perlu.

Meskipun, ahli keluarga mengetahui barangan milik mangsa telah ditemukan tetapi mereka tidak boleh mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

“ Kita tidak boleh membuat kesimpulan selepas ahli keluarga membuat pengecaman berdasarkan pakaian mangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Badarnas) menemukan cebisan mayat mangsa tragedi kira-kira 5.5 kilometer dipercayai dibawa arus laut dari lokasi kejadian di perairan Bekasi dan Tanjung Karawang, Jawa Barat.

Selain itu, Badarnas dan Jabatan Krisis Wilayah Pulau Bangka Belitung mengadakan proses yang perlu sebelum mayat dihantar pulang kepada ahli-ahli keluarga masing-masing.

“ Ini akan memudahkan ketibaan mayat yang dikenal pasti oleh kumpulan di Jakarta,” menurut Ketua Basarnas di Wilayah Kepulauan Babylon, Danang Priandako di Pangkal Pinang.

Beliau turut berkata, kumpulan krisis di Lapangan Terbang di Bandar Depati Amis Pangkal Pinang telah bersiap-sedia dan meninjau lokasi pemulangan mayat oleh kumpulan Agensi Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD), tentera, polis dan agensi berkaitan.

Dalam pada itu, Gabenor Kepulauan Bangka Belitung, Erzaldi Rosman Djohan memaklumkan pihak berkuasa wilayah telah menyiapkan 80 ambulans untuk membawa jenazah ke rumah keluarga mereka.

“Kami memberikan kemudahan itu dan berharap ahli keluarga mangsa tenang, aman dan bersabar menghadapi musibah ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini