Mata pelajaran sivik dikembalikan tahun depan, tekan elemen antirasuah - Utusan Malaysia

Mata pelajaran sivik dikembalikan tahun depan, tekan elemen antirasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mulai pertengahan tahun depan, mata pelajaran sivik akan diwujudkan semula dengan menekankan pelbagai elemen nilai murni membabitkan antirasuah, hak asasi manusia, keselamatan jalan raya dan alam sekitar. 

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, mata pelajaran tersebut akan diperkenalkan di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah dan bagi peringkat prasekolah lebih kepada aktiviti-aktiviti pembentukan nilai murni.

“Kita tiada subjek khusus seperti antirasuah tetapi apa yang kita akan lakukan adalah kita akan memasukkannya sebagai salah satu tajuk dalam mata pelajaran sivik yang kita akan perkenalkan semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bermula tahun depan kita akan mula mengkaji mata pelajaran itu. Subjek ini bukan sebagai subjek wajib lulus tetap subjek yang wajib untuk dipelajari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Forum Permuafakatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bersama Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas syor daripada SPRM kepada Kementerian Pendidikan supaya menjadikan subjek rasuah sebagai subjek wajib di sekolah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×