KUALA LUMPUR 12 Nov. – Peluang untuk melihat Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala AFF semakin cerah apabila dua jaringan Norshahrul Idlan Talaha dalam tempoh lima minit terakhir membantu Harimau Malaya menumpaskan Laos 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Kemenangan tersebut sememangnya amat ditagih memandangkan anak-anak buah Tan Cheng Hoe akan menghadapi lawan yang lebih sukar selepas ini apabila bertandang ke Stadium Nasional My Dinh, Hanoi untuk menghadapi…










