Maszlee sah lepas jawatan Presiden UIAM akhir bulan ini - Utusan Malaysia

Maszlee sah lepas jawatan Presiden UIAM akhir bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menamatkan spekulasi pelbagai pihak setelah mengakui secara terbuka bahawa dirinya akan melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akhir bulan ini.

Katanya, pelepasan jawatan itu bagi menghormati keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kabinet.

Pada masa sama, beliau juga menghormati kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya, saya telah pun memutuskan untuk melepaskan jawatan Presiden UIAM iaitu sebaik selepas istiadat konvokesyen UIAM berakhir dan proses pelantikan pengganti saya selesai.

“Saya percaya proses pelantikan pengganti akan selesai akhir November 2018,” katanya menerusi hantaran Twitter di sini hari ini.

Hari ini, Muhyiddin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) di Putrajaya hari ini menasihatkan Maszlee melepaskan jawatan Presiden UIAM dengan segera.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan dan parti telah membuat keputusan tersebut, namun, ahli parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×