PUTRAJAYA 9 Nov. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bakal melepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam masa terdekat. Seorang pegawai kementerian memberitahu, keputusan itu diambil selepas beliau mengambil pendapat pelbagai pihak termasuk nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sumber itu menegaskan, perletakan jawatan oleh Maszlee itu bukan satu paksaan. “Beliau menghormati pandangan semua pihak. Tetapi beliau memerlukan sedikit masa dan tidak boleh melepaskan serta-merta.…










