KUALA LUMPUR 11 Nov. – Lebih 100 orang penduduk daripada masyarakat pelbagai kaum di Taman Desa Petaling di
sini hadir menjayakan program Masjid Al-Khasyiin Bersama Komuniti hari ini.
Program yang bermula pada pukul 9 pagi itu dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Salak Selatan Bahru, Asisten
Superintenden Mohd Mansor Ismail.
Penganjuran program ini bertujuan menjalinkan hubungan rapat antara ahli jemaah masjid dengan masyarakat
pelbagai kaum.
Pengerusi ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Khasyiin, Mustapha Abdullah berkata, kehadiran masyarakat pelbagai
kaum itu bertujuan menghapuskan stigma masyarakat bahawa masjid hanya sebagai tempat ibadat bagi umat islam.
Sementara itu, aktiviti seperti pertandingan mewarna, gerai jualan dan pemeriksaan kesihatan percuma serta
pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut dijalankan. -UTUSAN MALAYSIA










