Masyarakat India tidak akan dibiarkan ketinggalan - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Masyarakat India tidak akan dibiarkan ketinggalan – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Masyarakat India tidak akan dibiarkan ketinggalan kerana ia akan mengakibatkan keseluruhan corak masyarakat dalam negara menjadi tidak seimbang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius pelaksanaan agenda reformasi sosial demi memperjuangkan kesejahteraan seluruh rakyat yang memerlukan termasuk kaum India agar tiada individu yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Kita komited untuk melakukan reformasi. Agenda Reformasi kita mencakupi pelbagai aspek khususnya di dalam pentadbiran kerajaan, sistem politik, ekonomi dan sosial,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada sambutan Rumah Terbuka Deepavali Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang dekat sini malam ini.

“Pada pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK11 oleh Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), kerajaan tekad dan komited untuk melaksanakan agenda reformasi,” tambahnya.

Wan Azizah berkata, kerajaan sedar bahawa pelaksanaan agenda reformasi untuk membawa kebaikan kepada rakyat dan negara akan mengambil masa, namun beliau yakin sokongan padu rakyat dan kesungguhan anggota pentadbiran kerajaan baharu akan menghasilkan natijah yang baik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN