Masjid Kampung Kabai, Kemboja - Utusan Malaysia

Masjid Kampung Kabai, Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNJUKKAN contoh terbaik kepada komuniti penduduk bukan Islam berhampiran antaranya mengimarahkan masjid dengan pelbagai program dan aktiviti untuk manfaat bersama.

Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Mustapha Ahmad Marican berkata, akhlak Islam amat luas iaitu termasuk menjaga kebersihan khususnya rumah ibadah, menjaga keharmonian hubungan kaum dan gigih berusaha untuk menjadi yang terbaik.

“Selain memanfaatkan masjid baharu ini untuk mendekatkan diri kepada Allah, ia juga boleh digunakan memupuk perpaduan bersama komuniti bukan Islam lain seperti mengadakan aktiviti bersama dalam kawasan masjid,” katanya semasa menyerahkan secara rasmi Masjid Al-Mansoriah Kampung Kabai, Kemboja kepada ketua kampung berkenaan, Ayub Isa baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seramai kira-kira 200 keluarga penduduk Islam di kampung itu melahirkan kesyukuran kerana akhirnya impian mereka untuk memiliki sebuah masjid yang sempurna akhirnya tercapai.

Masjid menelan kos sebanyak RM416,000 hasil sumbangan dermawan dari Malaysia itu siap sepenuhnya pada hujung Oktober lalu setelah mula dibina pada awal tahun ini.

Ia yang dibina di atas keluasan tanah 1.2 hektar itu mampu memuatkan kira-kira 600 jemaah lelaki dan 200 jemaah wanita pada satu masa.

Selain itu, masjid yang dibina oleh kontraktor tempatan dengan dibantu oleh penduduk setempat itu turut mempunyai kemudahan beriadah iaitu padang bola sepak bersebelahan masjid dan kedai-kedai yang mampu menjana pendapatan masjid.

Sementara itu, Ayub merakamkan penghargaan kepada NGO Antarabangsa dan dermawan dari Malaysia kerana merealisasikan impian penduduk untuk memiliki sebuah rumah ibadah yang sempurna.

“Kami akan memastikan masjid ini dijaga dengan baik. Alhamdulillah masjid ini berupaya menjadi mercu tanda terbaru kampung ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×