KUGIRAN Masdo barangkali sudah tidak asing lagi dalam kalangan pencinta muzik tanah air. Bermula dengan single Teruna Dan Dara yang dilancarkan tahun lalu, sekali gus melonjakkan nama kumpulan yang dianggotai empat anak muda itu. Rentetan itu, Masdo semakin selesa mengatur rentak mendaki tangga selesa setelah tiga tahun mencari ruang bagi mengukuhkan aliran muzik yang dibawa. Pencapaian demi pencapaian diraih membuktikan keikhlasan mereka saat pertama kali melangkah dalam industri seni tanah…










