SEPANG 4 Nov. – Pelumba pasukan Del Conca Gresini, Jorge Martin dinobatkan juara dunia Moto3 musim ini selepas unggul di kedudukan pertama dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini sebentar tadi. Pelumba dari Sepanyol itu mencatat masa terpantas 38 minit 34.799 (saat) dalam perlumbaan 17 pusingan, sekali gus membolehkannya mengumpul 240 mata untuk kedudukan teratas secara keseluruhan di Moto3 pada saingan GP kedua terakhir musim ini. Kejayaan sulung tersebut muncul pada musim keempatnya di Moto3, dengan pelumba berusia 20 tahun itu yang mengenakan jentera Honda akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya