SEPANG 3 Nov. – Juara dunia MotoGP 2018, Marc Marquez tergamam dan tidak mampu untuk memberi penjelasan kepada pemberita apabila ditanya tentang kebijaksanaannya mengelak daripada ditimpa sebarang kecederaan setiap kali terbabit dalam kemalangan. Soalan itu diajukan kepada pelumba Sepanyol tersebut dalam sidang akhbar selepas sesi kelayakan Grand Prix Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berakhir hari ini. Pelumba Honda itu mencipta masa terpantas dua minit 12.161 saat (s) untuk…










