SEPANG 4 Nov. – Kesilapan yang dilakukan Valentino Rossi apabila terjatuh ketika perlumbaan berbaki lima pusingan untuk tamat, membuka laluan kepada Marc Marquez menjuarai Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang, sebentar tadi. Pelumba Repsol Honda dari Sepanyol itu mencatat masa terpantas 40 minit 32.372 saat (s), meninggalkan pencabar terdekat, Alex Rins di kedudukan kedua (40:34.270s) dan Johan Zarco dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 di tempat…










