LOS ANGELES 6 Nov. – Marah kerana diarah membersihkan biliknya, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah menembak neneknya di belakang kepala, dan kemudiannya menembak dirinya sendiri.
Yvonne Woodard, 65, ditembak di rumahnya di bandar Litchfield Park, barat laut Phoenix, ketika dia sedang menonton televisyen bersama suaminya.
Pasangan itu mendapat hak penjagaan penuh terhadap kanak-kanak tersebut dan datuknya memberitahu polis bahawa dia telah disuruh membersihkan biliknya tetapi enggan berbuat demikian.
Jurucakap polis Maricopa, Sarjan Joaquin Enriquez memberitahu media tempatan bahawa ketika kejadian pasangan itu sedang duduk di sofa menonton televisyen apabila kanak-kanak itu datang dari belakang nenaknya lalu melepaskan tembakan.
Datuknya pada mulanya meluru ke arah cucunya itu, tetapi berpatah balik untuk membantu isterinya, di mana pada ketika itu kanak-kanak itu menembak dirinya sendiri. – AFP










