Mansuh tol: Pengguna motosikal di LinKedua dijangka bertambah - Utusan Malaysia

Mansuh tol: Pengguna motosikal di LinKedua dijangka bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Nov. – Jabatan Imigresen negeri ini menjangkakan lebih ramai penunggang motosikal akan menggunakan Lebuhraya Linkedua (LinKedua) di Gelang Patah ekoran pemansuhan tol bagi kumpulan itu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
ROHAIZI BAHARI
ROHAIZI

Pengarahnya, Datuk Rohaizi Bahari berkata, pada masa ini secara purata, seramai 30,000 hingga 40,000 penunggang motosikal menggunakan laluan itu setiap hari.

“Dengan pemansuhan tol bagi pengguna motosikal bagi laluan LinKedua itu kita percaya akan berlaku peningkatan pengguna kategori itu di situ,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini sebentar tadi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 mengumumkan pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta LinKedua di negeri ini dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.

Kadar tol bagi pengguna motosikal Plaza Tol Tanjung Kupang di LinKedua adalah sebanyak RM1.10 dan mempunyai sebanyak 25 laluan keluar dan masuk.

Rohaizi berkata, dengan pengumuman itu dan pelaksanaannya bermula tahun depan, beliau berharap kemudahan di situ dapat dipertingkatkan, sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN