Mangsa lemas ditemukan - Utusan Malaysia

Mangsa lemas ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 31 Okt. – Seorang remaja lelaki yang dipercayai lemas ketika menjala ikan bersama bapa dan rakannya semalam berjaya ditemukan di kawasan berdekatan jeti nelayan di Pantai Senok, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa, Aizat Safuan Ismail, 19, berjaya ditemukan oleh pihak bomba pada pukul 3.20 petang selepas operasi mencari dan menyelamat mengambil masa selama 19 jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Yus Heary Mahmud berkata, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dan Kota Bharu terlibat dalam operasi tersebut.

“Operasi mencari mangsa bermula sejak dari pukul 8.06 malam semalam dan berakhir pada pukul 3.20 petang hari ini.

“Pihak keluarga sudah membuat pengecaman dan mengesahkan identiti mayat yang dijumpai itu. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam semalam, Aizat Safuan dipercayai lemas, manakala bapanya Ismail Haron, 45, dan rakannya, Nazizul Mubin Rusli, 15, berjaya diselamatkan oleh orang awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN