PARADISE 13 Nov. – Jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran hutan di utara California meningkat kepada 42 orang menjadikannya sebagai kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negeri ini.
Beribu-ribu anggota bomba berhempas pulas memadamkan kebakaran pada hari kelima kejadian dengan membina benteng pemisah bagi mengekang `Camp Fire’ di kaki pergunungan Sierra Nevada di utara Sacramento.
Pada masa yang sama, pasukan mencari dan menyelamat kini berusaha untuk mencari mayat mangsa yang terkorban.
“Sehingga hari ini sebanyak 13 lagi mayat ditemukan menjadikan jumlah mangsa terkorban seramai 42 orang,’’ kata Syeri Kory Honea. – AFP










