KUANTAN – Akira Alinnatasya Mohd Jaafar, seorang daripada tiga remaja yang maut dlam kemalangan di Jalan Semambu di sini hari ini, menunjukkan perubahan sikap yang agak ketara apabila mahu bermanja dengan ibunya pada pertemuan terakhir mereka minggu lalu. Ibunya Norizeh Ibrahim, 48, berkata Akira Alinnatasya, 16, tinggal bersama anak sulungnya Nur Nazatul Shafirah, 23, di Taman Fikri, Kemaman, Terengganu bagi memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja di sebuah kedai mendandan rambut. …










