PANDANGAN kosong Amal Hussain, 7, yang berada dalam keadaan kurus kering tidak bermaya terlantar atas katil di Aslam, utara Yemen bagai menyimpul kemelut peperangan di negaranya. Foto bidikan pemenang Anugerah Pulitzer, Tyler Hicks yang disiarkan New York Times baru-baru ini meruntun hati khalayak pembaca. Menerusi ruang komen, mereka menawarkan bantuan kewangan dan bertanya adakah keadaannya semakin pulih. Tujuh hari selepas potret itu tersebar, New York Times melaporkan kanak-kanak perempuan tersebut meninggal dunia di kem pelarian yang terletak 6.4 kilometer dari klinik bergerak Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya