KUALA LUMPUR 2 Nov. – Beberapa manfaat yang diumumkan kerajaan di bawah Belanjawan 2019 untuk peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijangka membantu institusi berkenaan menyelesaikan hutang kerajaan terdahulu yang amat tinggi. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, semua manfaat ini adalah sebahagian daripada agenda reformasi yang sedang diusahakan di PTPTN. Katanya, pihaknya mengambil pendekatan serampang dua mata iaitu mengembalikan peranan PTPTN sebagai sebuah tabung pendidikan, sesuai dengan nama…










