LONDON – Raheem Sterling telah sah menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun lagi untuk kekal di Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City sehingga 2023.
Kontrak terdahulu pemain sayap itu akan tamat pada musim hadapan dan perbincangan mengenai pembaharuan perjanjian tersebut dilaporkan telah berlangsung sejak beberapa bulan lalu.
Difahamkan Kontrak baru Sterling itu dilaporkan menjadikannya pemain Britain yang menerima bayaran paling tinggi di dunia, iaitu £300,000 (RM1.6juta) seminggu.
“Saya gembira untuk menandatangani kontrak baru,” kata pemain antarabangsa England itu.
“Saya dapat rasakan ia keputusan yang tepat sebaik saya tiba di sini. Ia membawa pulangan dan saya sangat sangat berterima kasih,” katanya.
Sterling memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka meraih kejuaraan domestik musim lalu dengan meledak 23 gol.
Pengarah Bola Sepak Manchester City, Txiki Begiristain menambah, ini merupakan detik bermakna buat kelab ini. Prestasi Sterling telah meningkat secara dramatik dan memainkan peranan utama dalam kejayaan pasukan ini musim lalu.
Beliau telah memulakan kempen baru dengan hebat apabila memainkan peranan dengan mencipta 11 gerakan gol dalam hanya sembilan aksi liga untuk meletakkan City di puncak menjelang aksi ‘derby‘ Manchester, awal pagi Isnin ini. – K! ONLINE










