KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof optimis Malaysia sekarang sudah bersedia dan berkeupayaan untuk menghasilkan projek kereta nasional baharu. Malah, beliau berkata dengan sokongan kuat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mewujudkan Proton, tidak mustahil aspirasi itu dapat dicapai sekali lagi. “Kita boleh belajar daripada lepas (Proton)…apa sahaja kelemahan yang kita ada kita belajar dan kita tambah baik dengan penggunaan teknologi terkini hari ini,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini, malam tadi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya