SINGAPURA 12 Nov. – Malaysia berharap untuk meneruskan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan saling menghormati dengan Singapura, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana menteri, yang tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari, menyifatkan Malaysia dan Singapura sebagai saudara kembar, kecuali “kembar yang tua agak besar sedikit daripada adiknya dan sedikit berusia.” “Namun kita berjaya hidup bersama-sama dalam suasana begitu harmoni,” katanya ketika berucap pada majlis…










