Malaysia-Singapura negara berkembar, hubungan baik diteruskan - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Malaysia-Singapura negara berkembar, hubungan baik diteruskan – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Malaysia berharap untuk meneruskan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan saling menghormati dengan Singapura, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri yang tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari, menyifatkan Malaysia dan Singapura sebagai saudara kembar, kecuali “kembar yang tua agak besar sedikit daripada adiknya dan sedikit berusia.”

“Namun kita berjaya hidup bersama-sama dalam suasana begitu harmoni,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari untuk meraikan beliau dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali oleh rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong serta isteri, Ho Ching di Istana di sini.

“Bukan sesuatu yang lazim untuk kita melihat negara yang pada mulanya bersatu, kemudian berpisah dan masih berupaya  untuk bekerjasama serta bantu-membantu antara satu sama lain,” katanya.

Mahathir turut mengambil peluang untuk merakamkan penghargaan Malaysia atas sumbangan yang dihulur Singapura semasa negara itu berdepan krisis kewangan baru-baru ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN