Malaysia ambil bahagian Indo Defence 2018 - Utusan Malaysia

Malaysia ambil bahagian Indo Defence 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kementerian Pertahanan komited dan akan sentiasa menyokong sebarang usaha untuk pemain industri pertahanan tempatan bersaing di peringkat antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu akan berlepas ke Jakarta, Indonesia untuk merasmikan pavilion Malaysia bersempena dengan

Forum dan Pameran Pertahanan Indonesia (Indo Defence) 2018 yang membuka tirainya esok.

Di bawah pavilion itu, terdapat sembilan pemain industri pertahanan tempatan yang dikoordinasikan oleh Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan.

Penyertaan Malaysia juga adalah bertujuan mengukuhkan jaringan hubungan antarabangsa memandangkan pada 26 hingga 30 Mac tahun depan, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA 19) bakal dianjurkan negara, selain Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) pada April 2020 di ibu negara.

Pengurus Besar EN Projects (M) Sdn. Bhd., Norliza Abd. Manap yang terlibat dalam Indo Defence 2018 menzahirkan komitmen mereka sebagai penganjur LIMA 19 untuk menggunakan sepenuhnya pavilion Malaysia untuk tujuan promosi pameran maritim serta aeroangkasa itu.

“Ini sekali gus bakal merancakkan industri pertahanan dan keselamatan negara,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Pameran pertahanan antarabangsa itu akan dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN