‘Abang pergi dulu…’ Itu ungkapan akhir Allahyarham Adnan Othman, 33, kepada isterinya Shahmiza Salleh, 32, sebelum keluar bekerja pada 3 Oktober 2018. Pagi itu adalah hari terakhir pensyarah di sebuah kolej kesihatan ini menatap wajah suami tercinta. Pada tarikh yang sama, Adnan bersama lima anggota bomba yang lain terkorban ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong. Tragedi meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia…










