Majoriti ahli Bersatu tidak setuju - Utusan Malaysia

Majoriti ahli Bersatu tidak setuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH 11 Nov. – Sebahagian besar ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bersetuju dengan keperluan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muh­yiddin Yassin berkata, me­reka turut menyuarakan kebimbangan sekiranya ratifikasi berkenaan akan menjejaskan beberapa perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Input yang kita terima me­ngenai ICERD sebahagian besar (ahli) tak bersetuju, itu nyata dan jelas. Mereka turut menyatakan kebimbangan jika perkara itu membawa kesan kepada perlembagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa-apa pun saya fikir masih ada banyak masa, (jadi) saya tak fikir kerajaan harus terburu-buru dalam soal itu (kerana) tempoh ditetapkan masih lama lagi, jangan terlalu bimbang sangat kerana Pakatan Harapan adalah kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Mengulas lanjut, Muhyiddin mengulangi pendirian kerajaan yang bersifat terbuka dengan mengadakan proses konsultasi melibatkan pelbagai pihak sebelum diputuskan jemaah menteri.

“Di peringkat kerajaan perkara ini belum muktamad biarpun sudah ada beberapa pihak memberi pandangan masing-masing. Malah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga sudah beri penjelasan mengenai pendirian beliau.

“Apa sahaja keputusan akan ambil kepentingan semua, kita takkan langgar perkara penting dalam Perlembagaan. Walaupun Malaysia pelbagai kaum, agama, budaya dan ada corak hidup yang berbeza dengan negara lain, kita tak terikat dengan cara diputuskan pihak lain,” ujarnya.

Tambah beliau, perkara yang lebih mustahak dalam hal ini adalah menjaga kebajikan, kesejahteraan, keamanan dan hubungan baik antara kaum di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×