Majlis Syura Ulama Pas di barisan hadapan bantah ICERD - Utusan Malaysia

Majlis Syura Ulama Pas di barisan hadapan bantah ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini tidak pernah campur tangan dalam urusan demonstrasi akan berada di barisan hadapan jika kerajaan gagal menangani isu berkaitan dengan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

NIK Muhammad Zawawi
NIK Muhammad Zawawi 

Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (Pas-Pasir Puteh) yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkata, kenyataan beliau itu bukan mahu mengugut kerajaan namun ia dilakukan bagi memastikan kestabilan terus wujud di negara ini.

“ICERD tidak perlu ganggu Malaysia, saya sokong Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bahawa Pas akan gerakkan rakyat untuk penuhi jalan raya (bantah ICERD).

“Kalau benar perkara ini tidak ditangani secara serius, Majlis Syura Ulama yang tidak pernah campur tangan dalam urusan demonstrasi akan berada di barisan hadapan sekali,” ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar  dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN