Majlis Graduasi SMK Geting suntik kecemerlangan pelajar - Utusan Malaysia

Majlis Graduasi SMK Geting suntik kecemerlangan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 1 Nov. – Seramai 211 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, di sini diraikan dalam Majlis Graduasi 2018 di Dewan Mahligai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, baru-baru ini.

Pengetua SMK Geting, Noor Azlina Omar berkata, program buat kali kedua itu bertujuan mengiktiraf usaha, prestasi dan kecemerlangan pelajar sepanjang lima tahun menempuh alam pembelajaran di sekolah berkenaan.

“Program ini juga dianggap sebagai pencetus lonjakan untuk meraih pencapaian cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal dihadapi pelajar pada 13 November ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam majlis itu, pelajar-pelajar yang cemerlang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan dianugerahkan sijil pencapaian dan penghargaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini