KOTA BHARU 1 Nov. – Majalah Pengasuh perlu mengikut perubahan arus perdana bagi memastikan kelangsungan majalah yang berusia 100 tahun itu. Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, majalah bertulisan jawi yang diterbitkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) itu adalah yang tertua di Asia Tenggara dan kelestariannya mesti diteruskan. Menurutnya, beliau yakin cendekiawan dalam pelbagai bidang bersedia menghantar artikel untuk…










